Fernando Hierro sudah mempunyai perancangan untuk memerangi ancaman Russia dalam usaha mengakhiri rekod buruk Sepanyol ketika menentang negara tuan rumah dalam kejohanan utama.
Hierro, yang mengambil alih tugas selaku ketua jurulatih daripada Julen Lopetegui sehari sebelum Piala Dunia Russia berlangsung, mengemudi negaranya untuk melolosi Kumpulan B dengan hanya satu kemenangan di peringkat kumpulan dengan menundukkan Iran 1-0.
Namun, dia yakin peningkatan aksi anak buahnya ketika berdepan Russia untuk Sepanyol beroleh kemenangan sulung dalam percubaan kesembilan dalam kempen Piala Dunia mahupun Kejohanan Euro.
Beliau berkata: "Kami mempunyai perancangan yang jelas di dalam fikiran. Kami sedar kualiti yang dimiliki Russia tetapi kami percaya dengan kemampuan sendiri dan kami mempunyai ramai pemain yang boleh membuat perbezaan.
"Kami telah menganalisis mereka, kami melakukan segala yang termampu. Pasukan kami telah terlatih sangat baik, pemain saya sudah bersedia fizikal dan mental.
"Kami mempunyai kekuatan dan kelemahan seperti mana pasukan-pasukan lain. Kami terpaksa menghadapi situasi yang sukar, kami ketinggalan dua kali kepada Portugal dan kami berjaya bertindak balas.
"Esok, kami akan memulakan perlawanan baru. Sering kali pasukan yang lebih baik akan dihantar pulang. Kami perlu percaya kepada diri sendiri."