Fernando Hierro tidak akan terus menggalas tugas selaku jurulatih Sepanyol atau kembali memainkan peranan sebagai pengarah sukan selepas Piala Dunia 2018, menurut Persekutuan Bolasepak Diraja Sepanyol (RFEF).
Hierro dilantik menjadi jurulatih sementara selepas pemecatan mengejut Julen Lopetegui menjelang sepak mula Piala Dunia susulan pengumuman akan mengendalikan Real Madrid pada musim depan.
Sepanyol kemudian melepasi peringkat kumpulan tetapi disingkirkan tuan rumah, Russia, dalam penentuan penalti pusingan 16 di Moscow.
Hierro dijangka tidak akan meneruskan jawatan itu selepas tamat kempen Piala Dunia dan RFEF mengumumkan bahawa beliau tidak akan kekal bersama organisasi berkenaan serta memegang sebarang peranan.
"Jurulatih Sepanyol terdahulu enggan mengambil jawatan sebelum ini sebagai pengarah sukan RFEF kerana berhasrat mencari tempat dan cabaran baru," kata RFEF.
"RFEF ingin mengucapkan terima kasih kepada Fernando Hierro atas komitmen dan rasa tanggungjawabnya ketika mengambil alih pasukan kebangsaan dalam keadaan luar biasa selain telah melaksanakan semua tugasan.
"Pihak RFEF memandang tinggi nilai profesional ditonjolkannya selain merupakan seorang atlet yang luar biasa."
Roberto Martinez, yang telah memimpin Belgium ke separuh akhir Piala Dunia, dikaitkan untuk mengemudi Sepanyol.
Martinez, bagaimanapun, mengendurkan khabar angin itu sebelum menentang Brazil di peringkat suku akhir yang lalu sambil bekas jurulatih Barcelona, Luis Enrique, juga dilaporkan berada dalam senarai pendek RFEF di samping Michel dan Quique Sanchez Flores.