BAYERN MUNICH 2 MAINZ 0
Jupp Heynckes meluahkan kekecewaannya terhadap aksi Bayern Munich dalam babak kedua ketika melakar kemenangan 2-0 ke atas Mainz yang diancam bahaya penyingkiran di Opel Arena, semalam.
Dengan pesaing terdekat, Schalke, kalah 1-2 kepada Werder Bremen, peneraju Bundesliga itu melebarkan jurang mereka di puncak carta dengan 18 mata hasil gol babak pertama daripada Franck Ribery dan James Rodriguez.
Bagaimanapun, Heynckes jauh daripada teruja dengan apa yang disaksikannya selepas rehat apabila pelawat mensia-siakan peluang keemasan untuk menambah jurang kemenangan.
Malah, jurulatih berpengalaman itu memuji Mainz -- yang jatuh di kedudukan ke-16 akibat kemenangan mengejut Werder -- di atas usaha mereka dalam kekalahan itu.
"Pasukan saya bermain dengan baik sebelum rehat dan tidak memulakan dengan baik (pada babak kedua). Kami gagal untuk mengambil peluang dan menambah kelebihan kami," kata Heynckes dalam laman web kelab itu.
"Kamu harus mengakui bahawa Mainz juga mempunyai peluang yang baik pada babak kedua. Kamu perlu mengambil kira bahawa pasukan-pasukan itu melepaskan diri ketika mereka berada dalam saingan mengelak penyingkiran. Kamu harus melihatnya dalam kes Werder dan juga hari ini mengenai Mainz.
"Kami mempunyai lima atau enam peluang selepas rehat. Jika kami mengambilnya, kami dapat menghalang mereka dengan mudah. Bukannya, terus memberikan peluang kapada lawan.
"Kami terlalu longgar dan tidak kuat seperti pada babak pertama ketika peralihan daripada serangan kepada pertahanan.
'Kami layak mendapat kemenangan ini tetapi pujian harus diberikan kepada Mainz di atas persembahan mereka."