Skip to main content

Bola Sepak

Heynckes tetap dengan rancangan persaraannya

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

juppheynckes-cropped_19425v62h9azs177703gu1ov3n.jpg
Jupp Heynckes menegaskan dia tidak akan melatih mana-mana pasukan  musim depan ketika bos Bayern Munich itu bersedia untuk mengucapkan selamat tinggal kepada juara Jerman itu.

Heynckes akan digantikan oleh jurulatih Eintracht Frankfurt, Niko Kovac, dalam musim 2018-19, selepas kembali ke gergasi Bundesliga itu Oktober lalu bagi mengambil alih tugas daripada Carlo Ancelotti yang dipecat.

Jurulatih berusia 72 tahun itu, yang membimbing Bayern untuk kejuaraan 'treble' dalam tempoh ketiganya di kelab itu pada 2013, telah menikmati lebih banyak kejayaan kali ini -- memimpin skuad Bavaria itu untuk mahkota Bundesliga buat kali keenam berturut-turut.

Heynckes juga memastikan laluan Bayern ke separuh akhir Liga Juara-Juara Eropah, yang berakhir dengan kekalahan di tangan Real Madrid awal pagi tadi, tetapi jurulatih veteran kelahiran Jerman itu mengulangi rancangan persaraannya.

"Saya tidak akan kembali ke bangku simpanan," kata Heynckes selepas Bayern seri 2-2 untuk tewas agregat 4-3 menentang Madrid di Santiago Bernabeu.

"Tidak ramai yang masuk ke pengembaraan ini pada usia 72 tahun. Saya tidak mempunyai emosi mengenainya."

Selepas ketinggalan 2-1 dalam perlawanan separuh akhir pertama minggu lalu, Bayern mengimbangi kedudukan dalam tempoh tiga minit hasil jaringan Joshua Kimmich.

Bagaimanapun, penyerang, Karim Benzema, membunuh harapan Bayern apabila menjaringkan dua gol, sebelum James Rodriguez merapatkan jurang agregat kepada 4-3.

"Sekiranya kamu melihat kedua-dua perlawanan, kami adalah pasukan yang lebih bai, tetapi sayangnya, kami gagal mara ke perlawanan akhir. Ia sangat mengecewakan untuk saya dan pemain saya," kata Heynckes.

"Ia adalah satu perlawanan yang baik. Madrid boleh mengucapkan terima kasih kepada  penjaga gol, Keylor) Navas yang memberikan prestasi hebat dan menafikan peluang baik kami pada hujung perlawanan."

Advertisement

Must Watch Video