Jordan Henderson percaya Liverpool mempunyai kualiti yang diperlukan untuk menjulang trofi Liga Perdana Inggeris dan Liga Juara-Juara Eropah musim ini.
The Reds kini bersaing hebat dengan Manchester City dan Tottenham Hotspur untuk kejuaraan liga sambil bakal melayan kunjungan Bayern Munich dalam aksi pertama pusingan 16 Liga Juara-Juara esok.
Ketika ditemui media menjelang aksi awal pagi esok, Henderson berpendapat pertemuan dengan skuad kendalian Niko Kovac itu sebagai aksi terbesar musim ini sambil menegaskan mulai sekarang, semua perlawanan perlu dihadapi dengan cara sama.
"Jika kami perlu memilih, kami akan pilih kedua-duanya," kata Henderson apabila ditanya trofi mana yang mahu dijulang.
"Kami memberi keutamaan terhadap perlawanan demi perlawanan. Jadi, aksi awal pagi esok adalah perlawanan terbesar musim ini.
"Ia akan menjadi begitu sehingga akhir musim dan itu pendekatan kami dalam setiap perlawanan.
"Itu yang kami perlu lakukan dan bukan melihat kepada sesebuah perlawanan.
"Saya rasa Liverpool cukup bagus untuk mencabar kedua-dua saingan dan diharapkan kami akan bergelar juara di akhir musim nanti, sekurang-kurangnya untuk satu piala."
Liverpool dilihat sebagai pilihan untuk mara ke suku akhir tatkala Bayern bergelut dengan prestasi tidak konsisten di bawah bimbingan Kovac musim ini.
Namun, barisan pemain bertaraf dunia yang membarisi gergasi Jerman itu membuatkan Henderson percaya lawan tidak boleh dipandang mudah.
"Ia akan menjadi sukar," tambah pemain tengah England itu.
"Mereka hanya ketinggalan dua mata di belakang pendahulu Bundesliga, Borussia Dortmund, dan secara konsisten layak ke separuh akhir atau final Liga Juara-Juara.
"Mereka dibarisi pemain bertaraf dunia, jadi ia akan menjadi sukar buat kami.
"Segalanya terpulang kepada kami awal pagi esok. Jumlah perlawanan besar yang kami lalui musim lalu akan membantu kami."