Pihak yang yang bertanggungjawab mengatur penerbangan yang menjadi punca kematian Emiliano Sala dan David Ibbotson, iaitu David Henderson dijatuhi hukuman penjara selama 18 bulan.
Henderson, 67, didapati bersalah bulan lalu kerana membahayakan keselamatan sebuah pesawat.
Sala dalam perjalanan ke Cardiff City pada 21 Januari 2019, selepas menandatangani kontrak dari kelab Ligue 1, Nantes, sebelum pesawatnya terhempas di atas Selat Inggeris, hingga membawa kematian penyerang berusia 28 tahun itu dan juruterbangnya, Ibbotson, 59.
Mahkamah sebelum ini diberitahu Henderson telah mengatur penerbangan itu dengan ejen bola sepak, William McKay, dan meminta Ibbotson menerbangkan pesawat berkenaan kerana dia berada di Paris untuk bercuti.
Bagaimanapun, Ibbotson -- yang tidak memiliki lesen juruterbang komersial -- tidak layak untuk melakukan perjalanan pada waktu malam, malah enjin tunggal pesawat Piper Malibu telah tamat tempoh.
Juri yang terdiri daripada tujuh lelaki dan lima wanita itu diberitahu bahawa beberapa saat selepas mengetahui kejadian itu, Henderson sempat menghubungi beberapa individu untuk meminta mereka berdiam diri, berkata ia hanya akan membuka pekung mereka.
Juri mengambil masa selama tujuh setengah jam untuk membuat keputusan sebelum Henderson disabitkan kesalahan itu di Mahkamah Mahkota Cardiff, di mana dia kembali semalam untuk dijatuhkan hukuman.
Henderson akan dipenjara selama 18 bulan kerana membahayakan keselamatan pesawat selain hukuman serentak tiga bulan atas kesalahan memberikan arahan.