Skip to main content

Bola Sepak

Hazard tetapkan satu standard -- Martinez

hazard-cropped_1d2mvmoutw1861xozkuhg60tx7.jpg
Pengurus Belgium, Roberto Martinez, memuji Eden Hazard yang menetapkan standard selaku ketua pasukan selepas bintang Chelsea itu menyinar dalam kemenangan 4-0 ke atas Scotland.

Hazard menjadi tonggak utama di barisan depan The Red Devils sebelum dikeluarkan pada minit ke-56 permainan.

Kapten itu mencatat gol hebat untuk menjadikan kedudukan 2-0 selepas Romelu Lukaku membuka tirai jaringan sebelum dia membuka ruang untuk salah satu daripada dua gol Michy Batshuayi.

Martinez mempersoalkan usaha terlalu keras daripada Hazard dalam satu aksi antarabangsa, namun bekas pengurus Everton itu mahu tonggak utamanya itu meneruskan usaha sebagai satu contoh dalam pasukan.

"Saya tidak melihatnya sebagai sesuatu yang negatif. Dia berada pada detik terbaik dan meneruskan persembahan cemerlang ketika Piala Dunia," kata Martinez.

"Apabila anda seorang kapten, anda harus menetapkan standard dalam keadaan itu. Bahaya jika anda beraksi dalam sesuatu perlawanan tanpa memberikan segala-galanya.

"Hazard menawarkan apa yang anda mahu daripada seorang kapten. Saya tidak rasa apa-apa yang kurang daripadanya yang sentiasa mencari ruang dan menarik perhatian pemain lawan."

Sementara itu, pengurus Scotland, Alex McLeish, menyaksikan pasukannya meraih kekalahan terbesar di laman sendiri dalam tempoh 45 tahun.

Semua jaringan lawan kecuali gol daripada Hazard adalah hasil kesilapan dalam hantaran dan hilang fokus daripada pemain-pemain Scotland sendiri.

McLeish, yang kini telah mengharungi empat kekalahan hasil daripada lima perlawanan sejak kembali mengendalikan Scotland, kesal dengan kesilapan yang berlaku tetapi percaya anak-anak buahnya mampu meraih sesuatu yang positif daripada pertemuan tersebut.

"Kesilapan telah menghukum kami. Kami beraksi dengan baik dalam babak pertama sebelum melakukan kesilapan dan melepaskan gol," ujar McLeish.

"Ia hanya satu deretan kesilapan. Jika ia perlu dipersalahkan, saya bertanggungjawab kerana saya yang meminta mereka melakukan hantaran.

"Ia satu pengajaran besar yang pedih untuk barisan pemain muda tetapi mereka tidak harus berasa rendah diri kerana kali ini, mereka berdepan sebuah pasukan besar.

"Belgium jelas menjadi satu lawan yang bagus buat saya. Kami harus mencuba kemampuan kami," katanya.
 

Advertisement

Must Watch Video