Skip to main content

Bola Sepak

Hasrat PKNS untuk beraksi di Stadium Lumut terkubur

260416kevinramalingamfam.jpg
Hasrat PKNS FC untuk menggunakan Stadium TLDM, Lumut sebagai gelanggang sementara untuk aksi di laman sendiri tidak kesampaian.

Ketua Pegawai Eksekutif, Usahasama Liabiliti Terhad Bola Sepak Malaysia (FMLLP), Kevin Ramalingam, memberi bayangan kelab itu perlu terus beraksi di Stadium Shah Alam untuk aksi sebelah petang.

Katanya, Stadium Lumut sebelum ini tidak lulus piawaian yang ditetapkan FMLLP untuk perlawanan Liga Malaysia dan sukar untuk aksi membabitkan PKNS dilangsungkan di stadium tersebut.

Stadium Shah Alam kini sedang menjalani penambahbaikan bagi meningkatkan pencahayaan lampu limpahnya dan akan hanya digunakan pada Mac.

Kerana itu, lima aksi awal KPNS di laman sendiri kemungkinan besar akan dilangsungkan pada sebelah petang di Stadium Shah Alam.

"Seperti yang sedia maklum, terdapat beberapa pasukan yang mahu beraksi di Stadium Lumut, namun venue tersebut tidak mencapai tahap piawaian untuk menjalankan perlawanan bola sepak.

"Saya berpendapat cadangan yang lebih baik adalah beraksi pada sebelah petang di Stadium Shah Alam," kata Kevin.

Dalam pada itu, jurulatih PKNS FC, E. Elavarasan, mengakui perlu melakukan penyesuaian dalam latihan pasukannya bagi memastikan pemain bersedia beraksi pada sebelah petang.

"Jika perlu beraksi pada sebelah petang, kami terpaksa mengharunginya. Bagaimanapun, kami perlu mengatur semula jadual latihan bagi membiasakan pemain beraksi pada sebelah petang. Segala keputusan terletak di tangan pengurusan PKNS," kata Elavarasan.

Advertisement

Must Watch Video