Skip to main content

Bola Sepak

Harry Kane perlu julang trofi jika ingin dikenang -- Glen Johnson

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

kane.jpg
Bekas pertahanan England, Glen Johnson, menjelaskan Harry Kane perlu merangkul trofi bersama Bayern Munich mahupun skuad kebangsaan sekiranya dia ingin dikenang sebagai pemain terbaik dunia.

Penyerang berusia 31 tahun itu menikmati kempen sulungna bersama kelab gergasi Jerman pada musim lalu, tetapi sekadar menduduki tempat ketiga dalam kempen Bundesliga selain tersingkir daripada saingan Liga Juara-Juara (UCL), musim lalu.

Malah, bekas penyerang Tottenham itu turut gagal memenangi sebarang trofi pertamanya ketika saingan Euro 2024, apabila The Three Lions tewas dalam pentas akhir kepada Sepanyol.

Bayern kini mengungguli kempen Bundesliga dengan enam mata di puncak liga dan akan berdepan Inter Milan dalam perlawanan suku akhir UCL bulan depan.


 


Untuk rekod, tiada pemain dalam lima liga terbaik di Eropah yang boleh menandingi rekod 75 gol dalam semua kejohanan sejak 2023/24, namun Johnson percaya Kane turut memerlukan pencapaian bersama pasukan selain individu sahaja.

"Semua pemain terbaik memenangi sesuatu. Itulah satu-satunya. Sekiranya dia melalui karier sebaik dia, menjaringkan gol, bermain banyak perlawanan, amat memalukan jika dia tidak memenangi apa-apa (trofi).

"Kerana perkara itu sukar untuk meletakkan dia dalam barisan pemain yang memenangi liga dan UCL, secara peribadi saya mahu dia menang, dia seorang yang hebat." katanya kepada Stats Perform.

Advertisement

Must Watch Video