Kejayaan menewaskan Chinese Taipei di Stadium Taipei Municipal telah memberi 1001 makna kepada Malaysia, bukan sahaja berjaya menghapuskan badi kekalahan di Taipei semenjak 2000 tetapi ia lebih menambahkan keyakinan buat pemain.
Mereka pasti mendapat tonik terbaik untuk terus memberikan aksi yang konsisten agar lebih tersusun dan kemas daripada segi taktikal serta lebih kreatif sebelum berhadapan Oman dalam aksi pusingan pertama Kumpulan D Kelayakan Piala Dunia 2026/Piala Asia 2027.
Jika dilihat daripada segi permainan dalam separuh masa pertama semalam, Harimau Malaya kelihatan berdepan sedikit kesukaran kepada anak didik Kim Pan Gon apabila Chinese Taipei bermain dengan tempo yang perlahan.
Formasi 4-4-2 yang digunakan oleh Gary White menampakkan kelebihan kepada pasukan kendaliannya kerana mengawal bahagian tengah dengan baik serta bijak menggawal permainan dan itu membuatkan pemain-pemain Harimau Malaya terikut-ikut rentak permainan perlahan lawan.
Berbeza dalam masa separuh masa kedua, Harimau Malaya tidak lagi terikut dengan tempo permainan lawan, sebaliknya banyak gerakan kesegeraan dilakukan dan itu membuatkan Darren Lok berjaya melakukan jaringan.
Walaupun berjaya mendominasi permainan dalam babak kedua tetapi masih ada yang perlu di tambah baik terutama daripada segi kreativiti di bahagian midfield dan penyerang kerana apa yang penulis melihat Malaysia kekurangan pemain posisi nombor lapan yang bermain secara ‘box to box’ dan gemar mengunakan skil individu untuk menggelecek dan melakukan hantaran lolos di laluan tengah.
Jika Endrick dos Santos diberikan peranan untuk lebih bergerak bebas dan dibantu pemain seperti Mukhairi Ajmal Mahadi yang punya skil dan teknik individu yang baik serta Afiq Fazail penulis yakin ia akan dapat menambah baik bahagian midfield Harimau Malaya kerana ketiga-tiga pemain ini punya kreativiti dan kelebihan tersendiri.
Namun, ia tetap berbalik kepada perancangan dan strategi yang akan diguna pakai Kim Pan Gon dan pasukan kejurulatihannya kerana apa yang pasti Malaysia mempunyai ramai pemain-pemain berkualiti dan mampu memberi saingan pada lawan mengikut acuan falsafah bola sepak negara.