Tugasan kedua bertemu Vietnam akan menjadi ujian sebenar ketua jurulatih, Peter Cklamovski, mengemudi Harimau Malaya menjelang perlawanan kedua pusingan ketiga Kelayakan Piala Asia 2027, Jun ini.
Selepas menang 2-0 ke atas Nepal, skuad negara berada dalam momentum terbaik dengan menampilkan corak permainan yang meyakinkan.
Bertemu juara Piala ASEAN Mitsubishi Electric (AMEC) 2024 itu, pengendali kelahiran Australia itu optimis anak buahnya akan melakar kejayaan di tempat sendiri, sekali gus mencerahkan lagi peluang ke Arab Saudi.
Ketika ditanya oleh wartawan Astro Arena, Zulhelmi Zainal Azam, mengenai dua perkara tumpuan utama bagi menghasilkan aksi berkualiti dan terbaik.
Kemudahan fasiliti bertaraf dunia di Pusat Latihan Johor Darul Ta'zim (JDT), Padang Seri Gelam (PSG) ditagih pasukan kebangsaan termasuk menginginkan ribuan penyokong seperti Ultras Malaya membanjiri Stadium Nasional Bukit Jalil (SNBJ).
"Saya rasa Malaysia memerlukan kedua-dua elemen.
"Permukaan padang yang baik termasuk sorakan gemuruh peminat.
"Para pemain berhak mendapatkannya.
"Tapi kami sangat teruja untuk bermain di SNBJ," katanya.

Kelayakan Piala Asia: Harimau Malaya masih perlu perbaiki kualiti permainan untuk berdepan cabaran seterusnya menentang Vietnam..Ini temubual eksklusif Zulhelmi Zainal Azam bersama Peter Cklamovski! ⚽#NadiWeekend #HarimauMalaya pic.twitter.com/cvAUidxEhA
— ASTRO ARENA (@ASTROARENA) March 29, 2025