REAL MADRID 3 REAL SOCIEDAD 0
Pertahanan Real Madrid, Raphael Varane, menganggap ia hari yang sempurna untuk pendahulu LaLiga itu selepas mereka memanfaatkan keciciran mata Barcelona dan Sevilla dengan kemenangan 3-0 ke atas Real Sociedad, awal pagi tadi.
Sevilla kehilangan kapten, Nico Pareja, akibat dibuang padang pada minit kedua sebelum tewas 3-1 di Espanyol, manakala Barcelona diikat 1-1 di Real Betis di sebalik kontroversi garisan gol.
Real pada mulanya dilihat tidak berkemampuan untuk mengambil kesempatan ke atas kegagalan Barcelona dan Sevilla untuk meraih tiga mata penuh ekoran beberapa siri kesilapan.
Malah, pasukan lawan turut dibantu dengan suasana penyokong di Stadium Santiago Bernabeu yang memberi reaksi negatif kepada Real.
Bagaimanapun, gol LaLiga pertama Mateo Kovacic selepas menyempurnakan hantaran Cristiano Ronaldo memecah kebuntuan dan peranan dua pemain itu diterbalikkan dalam gol kedua, enam minit dalam separuh masa kedua.
Pemain gantian, Alvaro Morata, menambah gol ketiga selepas Sociedad kehilangan pertahanan, Inigo Martinez, yang dibuang padang, membawa skuad Zinedine Zidane berkelebihan empat mata di puncak liga dengan satu perlawanan dalam tangan.
"Kami tahu kami boleh menjauhkan diri daripada Sevilla dan Barcelona, jadi ia adalah hari yang sempurna untuk kami," kata bek tengah dari Perancis, Varane.
"Kami amat gembira kerana tiga mata itu sangat penting bagi kami.
"Keseimbangan ini baik, kami boleh meningkatkan tekanan. Kami perlu meningkatkan persembahan."
Ronaldo dan rakan senegara Varane, Karim Benzema, adalah antara pemain yang menerima kritikan segelintir penonton sebelum Real mendahului pada minit ke-37.
"Saya mendengar lebih tepukan daripada siulan," katanya.
"Kami tahu bahawa mereka menuntut lebih banyak dan kami mesti bersedia untuk itu. Kami mahu memenangi LaLiga untuk mereka."
Tonggak tengah, Casemiro -- pemain terakhir dikasari Martinez yang menyebabkannya dilayangkan kad kuning kedua -- mengakui Real terpaksa menghadapi tempoh yang sukar.
"Kami terpaksa berusaha untuk keluar dari awal, kami tahu bahawa Real dalam keadaan sukar. Mereka (Sociedad) berada di tangga kelima," katanya.
"Kami terpaksa bekerja keras minggu ini dan bernasib baik kerana ia berkesan.
"Ia adalah hari yang penting bagi kami kerana kami menang dengan lebih kelebihan berbanding pesaing kami.
"Kami tidak perlu bimbang tentang Sevilla atau Barcelona. Jika kami menang setiap perlawanan, perjuangan kami akan berakhir sebagai juara."