Jose Mourinho menyifatkan harga Paul Pogba kini "melonjak" selepas dua gol yang dihasilkan ketika aksi 'derby' Manchester selepas Pep Guardiola mendakwa pemain kebangsaan Perancis itu telah ditawarkan kepada Manchester City, Januari lalu.
Dalam sidang media pra-perlawanan di Stadium Etihad, Guardiola mendedahkan bawah ejen Pogba, Mino Raiola, telah menawarkan Pogba dan Henrikh Mkhitaryan kepada City ketika jendela perpindahan Januari lalu.
Pogba mengharungi musim yang hmabar bersama Manchester United kerana gagal menampilkan aksi konsisten dan terdapat laporan yang menyifatkan dia dan Mourinho tidak lagi mencapai persafahaman.
Tetapi dia muncul sebagai pemain penting ketika meraih kemenangan 3-2 ke atas City, sekali gus melengahkan sambutan City untuk merangkul gelaran juara EPL.
United bangkit selepas ketinggalan 2-0 pada separuh masa pertama, dengan dua gol daripada Pogba mengejutkan City sebelum Chris Smalling meledak gol kemenangan.
Dan Mourinho bergurau bahawa harga Pogba melonjak naik di atas persembahannya dalam perlawanan itu.
"Pogba menjaringkan dua gol yang baik," kata Mourinho.
"Jika benar ejennya telah menawarkan Pogba kepada kelab lain, harganya telah melonjak naik."
United berjaya memastikan mereka tidak dimalukan tuan rumah sekali lagi selepas City mempamerkan aksi cemerlang dengan melancarkan serangan bertali arus tetapi Mourinho menjelaskan persembahan pertahanan tengah dan pemain sayap kurang memberangsangkan pada 45 minit pertama, sebelum berpuas hati dengan prestasi Pogba.
"Saya memberitahu kepada pemain-pemain bahawa United gagal bermain dengan baik di bahagian tengah.
"Sukar untuk bersaing dengan City kerana tekanan yang telah mereka melakukan.
"Saya memberitahu kepada Nemanja Matic, Ander Herrera dan Pogba bahawa mereka bermain dengan cemerlang.
"Saya meminta barisan pertahanan untuk mengelak daripada melakukan kesilapan.
"Jadi, United telah mempertingkatkan persembahan dalam babak kedua dan kami berjaya meraih kemenangan."