Skip to main content

Bola Sepak

Hanya kemenangan dicari dalam aksi final! -- Bosz

ajax-cropped_kohdf8r6clxl19ela2pas6tf8.png
Ketua jurulatih Ajax, Peter Bosz, menggesa pemainnya untuk melakar sejarah selepas mara ke final Liga Europa dengan kemenangan agregat 5-4 ke atas Lyon, awal pagi tadi.

Rembatan deras Kasper Dolberg dalam babak pertama di Parc Olympique Lyonnais terbukti penting buat Ajax meskipun Lyon bangkit dengan dua gol Alexandre Lacazette dan tandukan Rachid Ghezzal di hujung perlawanan.

Pasukan pelawat kemudian beraksi dengan 10 pemain di hujung perlawanan, namun mereka kekal ampuh sebelum menempah tiket final dalam kejohanan Eropah buat kali pertama sejak tahun 1996. 

"Selepas dua aksi separuh akhir, kami layak ke final," kata Bosz, yang akan berdepan Manchester United di Stockholm pada 24 Mei ini.

"Perasaan ini cukup menakjubkan. Saya gembira Manchester United menjadi lawan kami kerana mereka pesaing hebat.

"Kini kita tunggu dan lihat sama ada kami mampu melakar sejarah. Mara ke final adalah satu pencapaian tetapi dalam final, mana-mana pasukan bermain untuk menang."

Gol Dolberg seakan-akan mengesahkan slot ke final buat Ajax, namun dua gol Lacazette dalam tempoh 76 saat hampir meranapkan impian Ajax.

Bosz mengakui pasukannya bernasib baik dalam perlawanan itu.

"Jantung saya berdegup kencang!," tambah Bosz.

"Kami menyukarkan keadaan meskipun beraksi baik dalam babak pertama.

"Dua minit sebelum tamat babak pertama, segala-galanya serba tidak menjadi. Saya memberitahu pemain agar tidak panik.

"Bagaimanapun, selepas menilai aksi pertama dan kedua, ternyata kami beraksi dengan lebih baik dengan nasib menyebelahi kami."

Sementara itu, pemain bintang Lyon, Lacazette, mengakui ketiadaan kelibatnya dalam aksi pertama ekoran masalah kecederaan mengundang kepada kegagalan ke final.

"Mungkin segala-galanya akan berubah sekiranya saya dapat beraksi dalam separuh akhir pertama," katanya.



 

Advertisement

Must Watch Video