Skip to main content

Bola Sepak

Hantaran tinggi punca jaringan penyamaan United -- Klopp

long-balls-led-to-man-utd-equaliser-says-klopp.jpg

Jurgen Klopp berkata permainan hantaran lambung Manchester United sukar untuk diatasi selepas Liverpool terpaksa berpuas hati dengan keputusan 1-1 di Old Trafford.

Sepakan penalti James Milner pada babak pertama -- gol keenamnya musim ini -- dilihat akan memberikan Liverpool kemenangan berharga ke atas seteru utama mereka, namun tandukan Zlatan Ibrhimovic berjaya menyamakan kedudukan enam minit sebelum tamat perlawanan.

Liverpool kini gagal melakar kemenangan dalam empat perlawanan dan ketinggalan tujuh mata di belakang Chelsea untuk menghuni tangga ketiga liga.

Bagaimanapun, Klopp masih berbagga dengan aksi pemainnya dan berkata dia berpuas hati dengan keputusan ini.

"Di hujung perlawanan, United mula membuat hantaran lambung kepada Marouane Fellaini dan Zlatan Ibrahimovic," Klopp berkata kepada BBC Sport.

"Selepas 80 minit mempamerkan keazmaan tinggi, sukar untuk menanganinya.

"Mereka membuat hantaran tinggi dan perlawanan cukup sengit. Terdapat banyak aksi pada babak terakhir yang berlaku.

"Saya berharap kami sedikit bernasib baik -- namun itu tidak berlaku tetapi semuanya dalam keadaan baik.

"Banyak pihak yang berpendapat kami akan tewas kerana United sedang beraksi dengan cukup baik."

Advertisement

Must Watch Video