Skip to main content

Bola Sepak

Hamidin telah menjelaskan sewajarnya -- FMLLP

kevin-ramalingamde2dba0a3d81604aa734ff0000212b38.jpg

Ketua Pegawai Eksekutif Usahasama Liabiliti Terhad Bola Sepak Malaysia (FMLLP), Kevin Ramalingam, enggan mengulas panjang dakwaan bekas Presiden Persatuan Bola Sepak Kelantan (KAFA), Tan Sri Annuar Musa.

Sebaliknya, FMLLP berasakan kenyataan Setiausaha Agung, Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM), Datuk Hamidin Mohd Amin, sudah cukup untuk menjelaskan situasi sebenar.

"Setelah FMLLP ditubuhkan, pembahagian kewangan bukan lagi seperti dahulu. 

"Setahu saya, apa yang telah diberikan pada awal musim adalah satu jumlah yang jauh lebih banyak berbanding yang diperoleh tahun-tahun sebelumnya," jelasnya.

Pada masa sama, Kevin mengesahkan PKNS FC kemungkinan besar terpaksa beraksi pada sebelah petang di Stadium Shah Alam untuk permulaan aksi Liga Super 2017.

Ia gara-gara  lampu limpah di Stadium Shah Alam tidak mencapai piawaian 1,500 lux yang ditetapkan oleh FMLLP.

"Saya rasa tidak sempat. Saya dimaklumkan bahawa Stadium Shah Alam hanya boleh digunakan pada sebelah malam selepas bulan Mac.

"Kami akan mengadakan perbincangan dengan pihak PKNS," katanya.

Advertisement

Must Watch Video