Skip to main content

Bola Sepak

Hamidin dipilih presiden FAM ketujuh

hamidin.jpg

Datuk Hamidin Mohd Amin dipilih sebagai presiden Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) ketujuh bagi baki penggal 2017-2021 secara rasmi hari ini.

Pemilihan Hamidin menggantikan Tunku Mahkota Johor (TMJ), Tunku Ismail Sultan Ibrahim, untuk  menduduki kerusi panas itu diisytiharkan dalam Kongres FAM ke-54.

Advertisement

Bekas setiausaha agung badan induk bola sepak negara itu menang tanpa bertanding selepas pencabarnya, bekas presiden Persatuan Bola Sepak Kelantan (KAFA), Tan Sri Annuar Musa, dan Pengerusi Insititut Sukan Negara (ISN), Datuk Seri Abdul Azim Mohd Zabidi, membuat keputusan menarik diri.

"Rasa sungguh kerdil apabila menjadi rakyat marhaen yang pertama memegang jawatan ini. Tugas berat menanti saya. Saya beri jaminan tidak akan ikut telunjuk mana-mana individu seperti dakwaan beberapa pihak demi pembangunan bola sepak negara," katanya ketika menyampaikan amanat pertamanya selaku presiden.

Turut hadir mantan presiden, Tunku Ismail, yang juga Pengerusi Liga Bolasepak Malaysia (MFL).

Kerusi panas itu menjadi kosong selepas TMJ melepaskan jawatan tersebut pada Mac lalu.

-- BERNAMA

Must Watch Video