Skip to main content

Bola Sepak

Hamidin antara calon timbalan presiden FAM

240117-setiausaha-agung-persatuan-bola-sepak-malaysia-fam-datuk-hamidin-mohd-amin.jpg
Setiausaha Agung, Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM), Datuk Hamidin Mohd Amin, muncul calon terbaru dalam senarai pencalonan timbalan presiden untuk Kongres Pemilihan FAM ke-53, 25 Mac nanti.

Perkembangan itu nyata menghangatkan lagi perebutan dua kerusi timbalan presiden FAM kali ini.

Calon-calon lain yang tersenarai untuk jawatan timbalan presiden ialah Datuk Yusoff Mahadi, Datuk Seri Afandi Hamzah yang mempertahankan jawatannya, Datuk Rozabil Abdul Rahman, Tan Sri Annuar Musa dan Datuk Seri Subahan Kamal.

Kesemua calon tampak memiliki kredibiliti dan pengalaman tersendiri, apatah lagi pernah atau masih memegang jawatan dalam exco FAM kini.

Hamidin, ketika ditemui Nadi Arena hari ini, enggan mengulas mengenai pencalonannya untuk jawatan timbalan presiden.

Dalam pada itu seorang lagi calon, Yusoff, bersikap berdiplomasi apabila ditanya mengenai kesediannya menjawat jawatan itu.

Katanya, apa yang penting adalah setiap ahli gabungan memilih calon yang mampu melakukan peubahan selain membantu presiden.

"Ini merupakan satu perkara yang positif kerana ramai individu yang bersedia menabur khidmat untuk membantu presiden FAM.

"Perkara ini harus dibincang dengan lebih teliti untuk mengenal pasti siapa calon yang paling sesuai," katanya.

Advertisement

Must Watch Video