Skip to main content

Bola Sepak

Halim, Pacheco terlepas aksi berdepan Kuala Lumpur

selangor.jpg
Jurulatih Selangor, Nazliazmi Nassir, kehilangan sentuhan dua pemain utama Gergasi Merah, Halim Zainal dan Willian Pacheco, ekoran penggantungan menjelang aksi kedua suku akhir Piala FA bertemu Kuala Lumpur, Sabtu ini.

Dalam aksi peringkat pertama 7 April lalu, Selangor beraksi tanpa kelibat kapten pasukan, Razman Roslan dan Azamuddin Akil yang mengalami kecederaan.

Kali ini situasinya sama tapi melibatkan pemain berbeza apabila Halim dan Pacheco terpaksa diketepikan kerana digantung perlawanan.

Situasi itu membuatkan Nazliazmi berjaga-jaga dengan kekuatan yang dimiliki pasukannya dan enggan menyaksikan tragedi tewas 4-0 di tangan Kedah dalam saingan Liga Super, berulang.

"Aksi ketika kelayakan telah memberi kesan kepada pusingan suku akhir, ia (kad kuning terkumpul) tidak dilupuskan. Jadi, Halim dan Pacheco tidak akan bermain," kata Nazliazmi.

Sementara itu, Nazliazmi menegaskan tiada istilah aksi mudah menerusi bekalan tiga gol menjelang aksi kedua suku akhir Piala FA nanti kerana beliau menjangkakan Kuala Lumpur bakal melebarkan penguasaan mereka selepas kecewa dengan kekalahan lalu.

"Kami tidak boleh terlalu yakin kerana apa sahaja boleh berlaku dalam bola sepak dan kedudukan 3-0 belum menjamin apa-apa buat kami. 

"Kekuatan, keyakinan dan semangat yang kami tunjukkan sebelum ini menjadi senjata untuk kami teruskan aksi sebelum ini," katanya lagi.

Advertisement

Must Watch Video