LIGA SUPER MSIA
Halim bersyukur dengan peluang diberikan Selangor
Pemain tengah Selangor, Abdul Halim Zainal, gembira dengan peluang saat-saat akhir diberikan kelab itu yang melonjakkan kembali kariernya selepas menempuh tempoh suram beberapa musim lalu.
Sejak mengecapi kejayaan menjuarai Piala Malaysia bersama Negeri Sembilan pada 2011, karier Halim -- adik kepada dua bekas pemain terkenal, Faizal dan Khairul Zainal -- tiba-tiba merudum.
Berpindah ke Sime Darby dan jarang beraksi bersama Kuala Lumpur musim lalu, Halim berjaya menarik perhatian pengendali, P.Maniam, pada saat-saat akhir apabila disenaraikan dalam skuad Red Giants.
Iklan
Halim bertambah bersyukur apabila dia sering menjadi pilihan membarisi kesebelasan utama pasukan dalam kebanyakan perlawanan musim ini.
"Saya mahu mengucapkan terima kasih kepada Selangor kerana mengambil saya. Saya amat bersyukur," katanya.
Pemain berusia 29 tahun itu masih berharap mampu mengembalikan sentuhan lama sepertimana ketika dia beraksi bersama Negeri Sembilan sebelum ini.
"Semua orang tahu Selangor pasukan yang besar. Jadi, bukan mudah untuk membarisi kesebelasan utama. Ssaya perlu bekerja keras bagi mengesahkan tempat saya," tambahnya.
Must-Watch Video