ARSENAL 1 OSTERSUNDS 2
Walaupun tewas di tangan Ostersunds dalam aksi kedua pusingan 32 di Emirates pada awal pagi tadi, Arsenal tetap mara menerusi agregat 4-2.
Selepas menang selesa 3-0 dalam perlawanan pertama, Arsene Wenger tampak yakin untuk merehatkan beberapa tonggak utama seperti Mesut Ozil, Granit Xhaka dan Shkodran Mustafi.
Danny Welbeck diberikan tanggungjawab selaku penyerang utama bagi menggantikan tempat Alexander Lacazette yang cedera manakala Pierre-Emerick Aubameyang tidak dibenarkan beraksi kerana telah mewakili satu lagi pencabar Liga Europa, Borussia Dortmund, sebelum ini.
Namun, percaturan itu tampak memakan diri buat Gunners apabila pelawat mencipta dua gol dalam masa seminit.
Penyerang berusia 24 tahun, Saman Ghoddos, bijak melorongkan bola buat pemain sayap, Hosam Aiesh, dan pemain kebangsaan Sweden itu tenang melepaskan rembatan leret melepasi penjaga gol, David Ospina.
Seminit kemudian, Ghoddos sekali lagi menjadi watak utama buat Ostersunds apabila bola hantarannya membuka ruang buat Ken Sema sebelum bekas pemain Ljungskile itu mengelirukan Calum Chambers dan melakukan rembatan padu menerjah jaring.
Ghoddos hampir meletakkan nama dalam senarai penjaring menerusi sepakan percuma ketika babak pertama berbaki dua minit tetapi sepakan dari jarak 25 ela itu tepat ke dakapan Ospina.
Tersentak dengan aksi cemerlang pelawat, Arsenal memperbaiki permainan dan cuba menguasai perlawanan dalam babak kedua sehingga membawa kepada gol pertama pada minit ke-47.
Kesilapan pertahanan, Ronald Mukiibi, yang gagal mengeluarkan bola hantaran lintang Hector Bellerin dengan kemas membolehkan pertahanan Bosnia, Sead Kolosinac, melepaskan rembatan kaki kanan melepasi Aly Keita.
Kedudukan 2-1 kekal sehingga tamat aksi, membolehkan Arsenal mara ke pusingan 16 dengan keputusan agregat 4-2.