Skip to main content

Bola Sepak

The Gunners perlu menang UEL buat Wenger

ramsey.jpg
Aaron Ramsey percaya Arsenal perlu memberikan pengakhiran yang terbaik buat Arsene Wenger selepas mereka mencipta kemenangan 4-1 ke atas West Ham.

Arsenal mengumumkan pada Jumaat lalu bahawa khidmat 22 tahun Wenger sebagai pengurus kelab bakal berakhir pada penghujung musim ini.

Bagaimanapun, dalam pertembungan di Stadium Emirates, West Ham mempamerkan kejutan apabila Marko Arnautovic menafikan gol pembukaan Nacho Monreal bagi menyamakan kedudukan.

Segalanya berubah apabila Ramsey kembali meletakkan Arsenal di depan pada minit ke-82, sebelum Alexandre Lacazette meledak dua gol pantas bagi memberikan petanda awal kepada Atletico Madrid menjelang aksi separuh akhir pertama Liga Europa (UEL).

Di atas keputusan positif itu, Ramsey menegaskan The Gunners wajib meraih kejayaan di Eropah sebagai penghormatan buat Wenger.

"Sukar tetapi kami yakin mampu mencipta kejayaan. Beliau meletakkan kepercayaan kepada kami, menyokong dan memberikan kami peluang," kata Ramsey.

"Terutama sekali kepada saya, dia membawa saya ke sini sejak saya berusia 17 tahun dan saya banyak terhutang budi kepada beliau.

"Wenger berhak menerima apa yang diraih dan kami berharap dapat menampilkan persembahan cemerlang sebagai penamat yang terindah buat beliau," ujarnya.

Advertisement

Must Watch Video