Ilkay Gundogan tidak mengetahui bahawa jurulatih Jerman, Joachim Low, hadir untuk menikmati persembahan pemain bintangnya dalam kemenangan 4-0 Manchester City dalam Liga Juara-Juara di Basel, awal pagi tadi.
Gundogan menanduk masuk daripada sepakan penjuru Kevin De Bruyne pada minit ke-14 dan melakukan sepakan melengkung untuk melengkapkan gol selepas rehat.
Pemain tengah berusia 27 tahun itu terlepas separuh kedua musim lalu berikutan pembedahan ligamen lutut setelah turut diketepikan Jerman ketika kejayaan Piala Dunia 2014 dan kemaraan ke separuh akhir Euro 2016 akibat kecederaan.
Dia kembali ke pentas antarabangsa, bermula dengan aksi persahabatan menentang England dan Perancis pada November lalu, tetapi dengan persaingan tempat dalam skuad Low, dia menawarkan peringatan tepat pada masanya mengenai bakatnya dalam aksi pusingan 16 di St Jakob-Park.
"Tidak, saya tidak tahu," katanya kepada BT Sport apabila diberitahu bahawa Low berada di tempat duduk penonton. "Kamu perlu bertanya kepadanya (mengenai prestasi saya) tetapi saya harap dia menikmatinya.
"Perkara paling penting untuk saya adalah prestasi baik dan keputusan baik.
"Keputusannya mungkin sempurna tetapi saya fikir ada banyak perkara yang perlu diperbaiki dengan cara kami bermain.
"Ini adalah Liga Juara-Juara, ia sentiasa sukar. Ia kelihatan seperti kemenangan selesa tetapi perlawanan itu agak sengit," tambahnya.
Sementara itu, bos City, Pep Guardiola, percaya bahawa Gundogan berada pada prestasi terbaik.
"Gundo adalah pemain luar biasa," katanya kepada BT Sport. "Musim lalu, kami kehilangannya selama enam bulan akibat kecederaan.
"Itulah sebabnya kami berpuas hati dengan persembahan itu -- bukan hanya dengan dua gol tetapi kualiti yang dimilikinya. Dia bermain sangat hebat."