LIGA INGGERIS
Gundogan bawa khabar ceria buat City
Ilkay Gundogan kembali turun berlatih di padang selepas hampir setengah tahun berehat akibat kecederaan lutut.
Tonggak tengah Manchester City itu menderita kecederaan ligamen lutut selepas diterjah pemain Watford, Nordin Amrabat, dalam pertembungan Liga Perdana Inggeris (EPL), Disember lalu.
Insiden itu memusnahkan musim sulung pemain Jerman itu di City sejak kembali daripada masalah sama yang menghalang penampilannya dalam Euro 2016.
Iklan
Semalam, City memuat naik gambar yang memaparkan Gundogan tersenyum semasa menjalani latihan ringan di Akademi Bolasepak City.
Gundogan berpindah ke Stadium Etihad dari Borussia Dortmund, pertengahan musim lalu, dengan menandatangani perjanjian selama empat tahun.
Dia sempat beraksi dalam 16 perlawanan dan menjaringkan lima gol sebelum ditimpa kemalangan itu.
Must-Watch Video