Pep Guardiola gembira untuk menguruskan Manchester City sepanjang kerjayanya apabila menutup spekulasi yang mengaitkannya dengan jawatan di Brazil yang bakal dikosongkan tidak lama lagi.
Ketua jurulatih negara Amerika Selatan itu, Tite, merancang untuk berundur selepas Piala Dunia Qatar dan laporan di Sepanyol pada awal minggu ini mengatakan wakil dari Brazil sudah pun menghubungi Guardiola.
Menurut Marca, Brazil sanggup membayar gaji Guardiola sebanyak €12 juta (RM55.1j) setahun sebagai persiapan menghadapi Piala Dunia seterusnya pada 2026.
Bagaimanapun, ditanya mengenai khabar angin itu, Guardiola menjelaskan bahawa dia tidak melihat dirinya menguruskan mana-mana pasukan selain City.
"Bukan hari ini," katanya dalam sidang akhbar.
"Saya masih ada kontrak di sini dan saya sangat gembira.
"Saya sanggup kekal di sini untuk selama-lamanya. Tidak ada tempat yang lebih baik untuk menjadi pengurus selain daripada City.
"Saya mahu menyambung kontrak selama 10 tahun tetapi saya tidak dapat berbuat demikian.
"Sekarang bukan masanya. Saya tidak tahu dari mana cerita ini timbul."

A word from the boss ahead of this weekend's crucial clash! ?#ManCity pic.twitter.com/HklyaHnSEx
— Manchester City (@ManCity) April 8, 2022