Skip to main content

Bola Sepak

Guardiola tidak akan ubah gaya permainan berdepan Liverpool

kevin-de-bruyne_5.jpg
Pep Guardiola menegaskan beliau tidak akan mengubah prinsip permainan Manchester City ketika berdepan Liverpool dalam aksi suku akhir pertama Liga Juara-Juara (UCL), esok.

Anfield menjadi venue pertama menyaksikan satu-satunya kekalahan City dalam aksi Liga Perdana Inggeris (EPL) Januari lalu, ketika skuad kendalian Jurgen Klopp itu meraih kemenangan 4-3 selepas pelawat gagal mempamerkan aksi terbaik dalam babak kedua.

Bagaimanapun, Guardiola tidak memiliki perancangan untuk memberitahu pemain-pemainnya supaya lebih berwaspada dalam aksi di Anfield, sebaliknya tidak gentar dengan ancaman jentera serangan Liverpool.

"Jika saya memberitahu pemain-pemain kami akan melakukan sesuatu yang berbeza, ubah gaya permainan kami, mereka mungkin lihat kepada saya dan berfikir 'Lelaki ini takut.' Mereka akan berkata , 'Pengurus ini tidak mempercayai dirinya sendiri.'

"Saya menyedari kebolehan Liverpool, saya risau dengan gaya permainan mereka tetapi kami tidak akan bertahan sepanjang 90 minit dan beraksi dengan taktikal serang balas. Mengapa perlu ubah ketika kami bermain baik sepanjang musim ini?

"Cara permainan kami sangat baik buat Liverpool. Kami akan cuba yang terbaik untuk memenangi perlawanan ini."

Advertisement

Must Watch Video