Skip to main content

Bola Sepak

Guardiola tawar perpisahan penuh cemerlang buat Toure

toure-cropped_ff23ljpfrtoi1o1nm5jbvab20_2.jpg
Pep Guardiola percaya Yaya Toure masih mempunyai peranan dalam perjuangan Manchester City untuk memburu beberapa gelaran sebelum dijangka meninggalkan pasukan pada Jun ini.

Toure meninggalkan Barcelona di bawah kendalian Guardiola untuk menyertai City pada 2010 dan merupakan salah seorang pemain paling berpengaruh dalam sejarah moden kelab itu, menjaringkan gol kemenangan ke atas Stoke City dan Sunderland dalam final di Wembley dan menjadi bintang dalam kejayaan gelaran Liga Perdana 2011-12 dan 2013-14.

Selepas disisihkan awalnya, pemain tengah Ivory Coast itu tampil menjadi tonggak penting dalam perancangan Guardiola pada penggal lalu tetapi dengan City mendominasi saingan Liga Perdana, ia menjadi satu cerita yang berbeza kali ini.

Lima penampilan Liga Perdana bagi pemain berusia 34 tahun itu semuanya masuk dari bangku simpanan yang merangkumi hanya 89 minit.

Ditanya sama ada kerjasama lapan musim di antara Toure dan kelab akan berakhir penggal ini, Guardiola mengulas dengan penuh hormat mengenai pemain yang diberi ganjaran satu tahun kontrak lanjutan itu.

"Ia bukan masa untuk membincangkannya. Yaya telah membantu kami musim lalu dan musim ini dia kurang bermain tetapi kami akan membuat keputusan," katanya kepada pemberita menjelang kunjungan City ke Burnley, malam ini.

"Masih ada banyak perlawanan. Jika saya dan dia percaya, dia boleh bermain dan mempunyai masa bermain.

"Ia bergantung kepadanya. Musim lalu dia sangat penting buat kami. Yaya adalah satu-satunya pemain yang kontraknya diperbaharui kerana dia bermain di tahap terbaik.

"Diharapkan dia dapat membantu kami hingga akhir musim kerana saya fikir kami memerlukannya."

Advertisement

Must Watch Video