Manchester City tidak berminat untuk menandatangani pemain tengah Juventus, Miralem Pjanic, demikian pengesahan pengurus, Pep Guardiola.
Pemain antarabangsa Bosnia-Herzegovina berkenaan dikaitkan dengan perpindahan ke juara Liga Perdana Inggeris (EPL) itu dengan Barcelona juga dianggap sebagai destinasi kemungkinan.
Pemain berusia 28 tahun itu telah menikmati dua musim yang berjaya di Juve, namun dipercayai berminat dengan cabaran baru.
Guardiola, bagaimanapun, menegaskan City tidak berada dalam pemburuan untuk menandatanganinya.
"Tidak. Pjanic adalah pemain di Juventus, kami tidak berminat terhadapnya," kata bekas pengurus Barca itu kepada wartawan.
"Dia pemain utama tetapi kami tidak berminat dengannya."
Satu-satunya perpindahan utama City musim ini adalah penambahan pemain sayap, Riyad Mahrez, dari Leicester City menerusi perjanjian bernilai £60 juta (RM320.4j).
Guardiola, yang dalam kalangan senarai pendek 11 pengurus untuk Anugerah Jurulatih Lelaki Terbaik yang dikeluarkan Persekutuan Bola Sepak Antarabangsa (FIFA) semalam, bersikap terbuka mengenai kehadiran pemain baru sebelum jendela perpindahan ditutup pada 9 Ogos ini.
"Kami masih mempunyai beberapa minggu lagi sehingga berakhirnya jendela perpindahan," katanya.
"Kami akan membuat keputusan, mungkin ada yang datang tetapi buat masa ini, kami cukup baik. Kami mempunyai pemain untuk setiap posisi.
"Kami akan lihat pada hari-hari terakhir sama ada kami akan menandatangani seorang pemain lagi atau menunggu sehingga musim depan."