Manchester City tidak boleh dianggap sebaris dengan Barcelona, Real Madrid dan Bayern Munich tetapi Pep Guardiola berasakan bahawa mereka sedang menuju ke arah yang tepat.
Sejak diambil alih oleh Sheikh Mansour pada 2008, City telah membentuk diri mereka sebagai salah sebuah pasukan utama Liga Perdana Inggeris (EPL) dengan memenangi tiga gelaran.
Sepanjang tiga musim yang lalu, mereka telah diuruskan oleh salah seorang jurulatih terkemuka dalam era moden, iaitu Guardiola.
Pengurus dari Catalan tersebut memimpin Barca menawan tiga kejuaraan pada 2009 selain menampilkan corak permainan yang menambat hati peminat di seluruh dunia. Dia meneruskan gemilang kariernya di Bayern dan memenangi tiga gelaran Bundesliga sebelum berpindah ke City.
Guardiola percaya kejayaan yang berterusan adalah yang diperlukan City sekiranya ingin sebaris dengan kelab handalan Eropah yang lain dan dia yakin mereka berada di landasan yang betul.
"Dalam dekad yang lalu, salah sebuah pasukan yang paling banyak berkembang adalah Manchester City. Bukan hanya dalam tempoh dikendalikan saya, malah sepanjang dekad yang lalu," katanya.
"Untuk membandingkan diri kami dengan Barca, kami masih jauh daripada segi sejarah dan warisan. Jurang kami jauh kerana kelab ini baru dibangunkan sedekad yang lalu tetapi apa yang sedang kami lakukan semakin baik dan lebih baik.
"Kami membuat langkah yang kecil dan setiap kali ia menjadi lebih baik. Kami meraih gelaran Piala Liga Inggeris (EFL). Kami menang liga dengan 100 mata, kami berjuang untuk semua gelaran.
"Pada tahun-tahun akan datang, itulah langkah terbaik yang kami akan dilakukan. (Apabila kamu) membandingkan City dengan Barcelona, Real Madrid dan Bayern Munich, mereka mempunyai sejarah yang luar biasa.
"Cara terbaik (untuk menggambarkannya) adalah dengan menggambarkan jurang di antara kami masih jauh. Di Barcelona dan Munich, saya tidak memikirkan tentang warisan, ia hanya berlaku begitu sahaja.
"Sama ada adakah kami akan diingati? Kami perlu menang lebih banyak gelaran dalam tempoh beberapa tahun ini," katanya.
City berada di kedudukan teratas untuk muncul pasukan pertama yang mengekalkan gelaran Liga Perdana sejak kali terakhir Manchester United melakukannya pada 2009, dengan Liverpool menghambat mereka dengan jurang satu mata dalam baki sembilan perlawanan lagi.
Jurgen Klopp berada tujuh mata di hadapan pada Januari lalu tetapi empat keputusan seri dalam enam perlawanan terakhir menyaksikan peralihan yang ketara dalam baki saingan ini.
Guardiola tidak berasakan Liverpool berada di bawah tekanan hebat kerana City juga melalui dilema apabila Kesatuan Bolasepak Eropah (UEFA) sedang meneliti pendedahan Der Spiegel yang mengaitkan kelab itu dengan Peraturan Kewangan Fair Play (FFP) dan pengambilan pemain muda menerusi pihak ketiga.
"Saya tidak tahu apa yang berlaku di sana (di Liverpool). Apabila anda dalam perjuangan, orang akan memandang rendah dengan apa yang sedang anda capai," kata Guardiola.
"Saya tidak terlalu peduli atau bimbang tentang apa yang dikatakan orang ramai sekiranya kami memenangi gelaran dan atas apa yang sedang berlaku di antara kami dan UEFA.
"UEFA langsung tidak berminat dengan apa yang telah kami lakukan. Percayalah, saya tidak pedulikannya. Langsung tidak.
"Saya tahu apa yang dilakukan kelab ini selama dua musim terakhir dan banyak lagi usaha yang sedang kami lakukan.
"Seandainya kami membuat kesalahan, maka kami akan dihukum. Tetapi saya pasti apa yang telah kami lakukan adalah luar biasa.
"Saya tidak tahu sama ada ia penting untuk orang lain tetapi ia penting buat kami. Apabila kami menang, kami berhak memilikinya dan tiada siapa yang akan mengubahnya."