Skip to main content

Bola Sepak

Guardiola mahu ganti Alex Ferguson dengan rungutan di Anfield, kata Aldridge

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

pep-guardiola_.jpg
Rungutan Pep Guardiola selepas jaringan Manchester City dibatalkan ketika tewas 0-1 kepada Liverpool di Anfield menunjukkan bahawa dia mencuba untuk menggantikan Alex Ferguson, kata John Aldridge kepada Stats Perform.

City tewas buat kali pertama musim ini pada hujung minggu lalu selepas Mohamed Salah menjaringkan gol tunggal Liverpool dalam perlawanan itu.

Bagaimanapun, pasukan bimbingan Guardiola itu terlebih dahulu menggegarkan jaring lawan menerusi percubaan Phil Foden tetapi jaringan itu dibatalkan selepas semakan video bantuan pengadil (VAR).

Erling Haaland didapati menarik baju Fabinho dan Liverpool diberikan sepakan percuma, yang membuatkan Giardiola berasakan ia sesuatu yang aneh.

Pengadil, Anthony Taylor, pada awalnya memilih untuk permainan diteruskan sebelum City memperoleh jaringan itu dan Guardiola hanya memberikan kenyataan mudah untuk mengulas mengenai keadaan itu dengan berkata: "Ini Anfield (This is Anfield)".

Bekas penyerang Liverpool, Aldridge, berkata dia berasakan Pep melakukan perkara itu sebagai taktik yang dipelajarinya daripada buku panduan bekas pengurus legenda Manchester United, Alex Ferguson.

"Saya fikir dia mahu menjadi Alex Ferguson yang baru. Anfield adalah Anfield tetapi pengadil tiada kena-mengena dengan suasana di Anfield.

"Dia (pengadil) membuat beberapa keputusan yang buruk ke atas Liverpool. Dia juga memberikan keputusan itu kepada Man City, hanya VAR (mengesan kekasaran itu).
 
"Ia sentiasa berubah dan berputar. Minggu sebelumnya, kami dirugikan oleh VAR ketika berdepan Arsenal, minggu ini kami mendapat manfaatnya.

"Pada zaman kami, saya perlu katakan ia bukan faul tetapi pada zaman moden ini, dia menarik baju, semua orang melihatnya dan ia satu faul.

"Daripada pandangan seorang penyerang tengah, jika ia berlaku kepada Liverpool, saya juga akan marah tetapi saya dapat lihat mengapa dia menariknya.

"Pep, dia sentiasa akan mempertikaikannya dan ia satu keputusan yang membuatkan anda memenangi perlawanan. Jika ia dibenarkan, kami mungkin seri tetapi tidak dapat memenangi perlawanan ini," katanya.
 

Advertisement

Jadual

competition-logo
Liga Perdana Inggeris
Gameweek 15 of 38
Sabtu, 06 Dis
08:30 PM
Aston Villa-team-logo Aston Villa
Arsenal-team-logo Arsenal
11:00 PM
Bournemouth AFC-team-logo Bournemouth AFC
Chelsea-team-logo Chelsea
11:00 PM
Tottenham Hotspur-team-logo Tottenham Hotspur
Brentford-team-logo Brentford
11:00 PM
Newcastle United-team-logo Newcastle United
Burnley-team-logo Burnley
11:00 PM
Manchester City-team-logo Manchester City
Sunderland-team-logo Sunderland
11:00 PM
Everton-team-logo Everton
Nottingham Forest-team-logo Nottingham Forest
Ahad, 07 Dis
01:30 AM
Leeds United-team-logo Leeds United
Liverpool-team-logo Liverpool
10:00 PM
Brighton Hove Albion-team-logo Brighton Hove Albion
West Ham United-team-logo West Ham United
Isnin, 08 Dis
12:30 AM
Fulham-team-logo Fulham
Crystal Palace-team-logo Crystal Palace
Selasa, 09 Dis
04:00 AM
Wolverhampton Wanderers-team-logo Wolverhampton Wanderers
Manchester United-team-logo Manchester United

Must Watch Video