Pengurus Manchester City, Pep Guardiola, dikecewakan dengan kegagalan pertahanan untuk mematahkan percubaan Manchester United yang bangkit daripada ketinggalan untuk meraih kemenangan 3-2 di Stadium Etihad, awal pagi tadi.
Skuad kendalian Guardiola tampil itu di landasan terbaik untuk muncul juara Liga Perdana Inggeris (EPL) dengan berbaki enam perlawanan selepas mendahului perlawanan 2-0 pada separuh masa pertama hasil jaringan Vincent Kompany dan Ilkay Gundogan.
United bangkit selepas perlawanan bersambung, dengan Paul Pogba menjaringkan dua gol dalam tempoh 97 saat untuk menyamakan kedudukan sebelum Chris Smalling menampan masuk hantaran Alexis Sanchez untuk melengahkan sambutan kemenangan City
"Kami perlu lebih ampuh dan fokus ketika bertahan," kata Guardiola.
"Pasukan kami telah cuba untuk menyerang, ia telah dipamerkan sepanjang musim ini. Tetapi kami perlu bertahan dengan lebih baik," katanya.
Tumpuan Guardiola kini beralih ke aksi suku akhir kedua Liga Juara-Juara (UCL) berdepan Liverpool, dengan City kini dalam misi mustahil untuk memadamkan defisit tiga jaringan di laman sendiri.
"Kami akan cuba yang terbaik berdepan Liverpool. Ia adalah sukar tetapi kami akan berusaha."