Skip to main content

Advertisement

Bola Sepak

Griezmann umpamakan Perancis dengan Atletico Madrid

griezmann.jpg

Antoine Griezmann mengumpamakan skuad Perancis dengan pasukan kelabnya, Atletico Madrid, selepas mereka melayakkan diri ke final Piala Dunia dengan kemenangan 1-0 ke atas Belgium di St Petersburg, awal pagi tadi.

Les Bleus akan membuat perhitungan dalam perlawanan kemuncak Ahad ini dengan sama ada Croatia atau England di Moscow selepas jaringan Samuel Umtiti pada minit ke-51 sudah mencukupi untuk juara 1998 itu.

Advertisement

Ia akan menjadi penampilan kedua berturut-turut Perancis dalam final kejohanan utama selepas tampil selaku naib juara kepada Portugal ketika mereka menjadi tuan rumah Euro 2016 dan Griezmann kali ini mengharapkan kegembiraan akan memihak mereka dalam final Piala Dunia itu.

“Saya gembira dengan prestasi rakan-rakan sepasukan saya,”katanya kepada L'Equipe.

"Kami bertahan dan menjaringkan satu gol menerusi situasi bola pegun. Ia sedikit menyerupai Atletico.

"Adalah menakjubkan untuk melihat kegembiraan yang mampu kami berikan. Ini adalah jaringan yang saya sasarkan ketika permulaan kejohanan,” ujarnya.

Griezmann tampil selaku salah seorang pemain paling berpengaruh Perancis di Russia, dengan menjaringkan tiga gol dan melakukan dua bantuan jaringan dalam enam perlawanan.

 

 

 


 

Must Watch Video