Antoine Griezmann percaya rakan sepasukannya di Atletico Madrid, Jan Oblak, merupakan penjaga gol terbaik di dunia.
Oblak menjadi inspirasi ketika 10 pemain Atleti merakamkan keputusan seri 1-1 dengan Arsenal dalam aksi separuh akhir pertama Liga Europa, awal pagi tadi.
Kad merah Sime Vrsaljko ketika permainan berusia 10 minit menyulitkan cabaran Atleti -- yang turut menyaksikan Diego Simeone diarah ke tempat duduk penonton di Stadium Emirates, namun Oblak muncul penyelamat pasukannya selepas jaringan pembukaan Alexandre Lacazette sebelum Griezmann memanfaatkan kesilapan pertahanan untuk gol penyamaan pada penghujung perlawanan.
Selepas mengimbangi kedudukan, pemain antarabangsa Slovenia itu tangkas menafikan tandukan Aaron Ramsey sehingga mendorong Griezmann melaungkan pujian.
"Jan adalah yang terbaik di dunia pada masa ini," kata Griezmann.
"Bukan kerana dia adalah rakan sepasukan saya tetapi atas aksi menyelamat yang dilakukannya serta mata yang dikutip hasil kecemerlangannya.
"Permulaan permainan ini sangat gila, banyak perkara berlaku, kami akan menikmati aksi timbal balik di tempat sendiri.
"Saya harap peminat mencetuskan suasana kegilaan, mereka mahu melihat kami mara ke final.
"Kami perlu memenangi Liga Europa. Kami mengharapkan suasana meriah di Wanda Metropolitano," ujarnya lagi