LALIGA
Griezmann, Hernandez main peranan gamit Lemar ke Atletico
Thomas Lemar berkata perbincangan dengan pemain antarabangsa Perancis, Antoine Griezmann dan Lucas Hernandez, mempengaruhi keputusannya untuk menyertai Atletico Madrid sebaik dia tiba di ibu kota Sepanyol itu untuk memuktamadkan perpindahannya.
Pemain berusia 22 tahun itu menandatangani perjanjian awal untuk menyertai pasukan kendalian Diego Simeone itu selepas selama tiga musim cemerlang di AS Monaco yang menyaksikannya memenangi gelaran Ligue 1 pada 2017.
Lemar, yang membuat satu penampilan untuk Perancis dalam Piala Dunia 2018, sempat beraksi selama 90 minit ketika seri 0-0 menentang Denmark untuk merintis kemenangan Les Bleus dalam temasya itu, tiba untuk menjalani ujian perubatan sambil mendedahkan tonggak Atletico, Griezmann dan Hernandez, telah membantunya mengubah fikiran terhadap masa depannya.
Iklan
"Saya memilih Atleti kerana saya suka kelab ini dan saya telah mengikuti perkembangan pasukan untuk beberapa ketika," kata Lemar di laman sesawang rasmi kelab itu.
"Sebaik peluang ini muncul, saya tidak mengambil masa yang lama untuk membuat keputusan.
"Atleti berminat dengan saya sejak sekian lama dan setelah Antoine dan Lucas memberitahu saya, saya begitu ingin datang ke sini."
Lemar merupakan penyumbang jaringan ketika Monaco menjulang kejuaraan liga menerusi sembilan gol serta mencipta 10 bantuan gol ketika beraksi di samping Kylian Mbappe dan Benjamin Mendy.
Dia hanya menyumbat dua gol musim lalu untuk membantu Monaco meraih tangga kedua, tahap persembahannya itu bagaimanapun sudah memadai untuk menambat hati Atletico untuk menandatanganinya dalam kesepakatan yang dilaporkan bernilai €60 juta (RM284.4j).
"Saya sangat gembira untuk berada di Madrid dan saya tidak sabar untuk bertemu rakan sepasukan," kata Lemar.
"Saya mahu bab ini bermula dengan cara yang paling baik. Saya tidak sabar untuk memulakannya."
Must-Watch Video