Skip to main content

Bola Sepak

Gopinathan mahu bukti kebolehan sebenar

gopinathan12218.jpg
Selepas gagal menyerlah bersama juara Liga Super, Johor Darul Ta'zim (JDT), R. Gopinathan berazam untuk kembali membuktikan kebolehannya bersama Melaka United musim ini.

Pemain tengah, Gopinathan, hilang daripada radar pemain tumpuan dalam saingan Liga Malaysia musim lalu.

Hanya beraksi tiga perlawanan bersama JDT, Gopinathan melalui laluan yang sukar untuk menyerlah ekoran lambakan pemain berkaliber dalam skuad Harimau Selatan itu.

Gopinathan hanya memerlukan tiga perlawanan bersama Melaka musim ini ketika berdepan Negeri Sembilan, dengan menjaringkan gol untuk membantu pasukannya meraih kemenangan 3-0, sekali gus kembali mendapat sentuhan yang dipendam sekian lama.

"Saya berterima kasih kepada pengendali pasukan yang mempercayai kebolehan yang saya miliki dan saya telah membuktikan sesuatu dalam perlawanan ini," kata Gopinathan.

"Saya akan terus berusaha untuk membantu pasukan mencipta lebih banyak kemenangan dalam perlawanan akan datang. Selepas ini, segalanya terletak kepada perancangan jurulatih untuk menurunkan saya dalam kesebelasan utama."

Advertisement

Must Watch Video