Pengarah Teknikal Kelantan, Alfredo Gonzales, menjelaskan tidak ada sebarang konflik yang berlaku di antara dia dan ketua jurulatih, Zahasmi Ismail, sehingga menyebabkan The Red Warriors (TRW) gagal memberikan aksi terbaik dalam saingan Liga Super dan aksi Kumpulan C, Piala Malaysia, musim ini.
Gonzales menjadi sasaran kecaman penyokong setia TRW selepas skuad kesayangan mereka dimalukan Melaka United 0-3 dan terbaharu, kalah 1-3 kepada T-Team di Kuala Terengganu, Selasa lepas.
Gonzales berkata tiada keperluan untuk menjelaskan kepada media mengenai masalah tersebut kerana tidak pernah berlaku sebarang konflik antara mereka berdua sebagaimana didakwa, sebaliknya kekal bersatu bagi memastikan kejayaan TRW dalam mengharungi kempen Liga Malaysia yang cukup padat.
“Tidak ada sebarang komen mengenai isu itu kerana tidak ada sebarang masalah antara kami berdua. Begitu juga dalam pasukan Kelantan, semua orang bebas bercakap dan memberikan pandangan.
“Apa yang paling penting, kami bersama-sama berjuang untuk meningkatkan kembali prestasi pasukan selepas mengalami dua kekalahan berturut-turut,” katanya dalam sidang media yang turut dihadiri Zahasmi dan pegawai media Persatuan Bola Sepak Kelantan (Kafa), Md Zuki Deraman, di Kota Bharu, petang tadi.
Menurut pengurus kelahiran Uruguay itu, kesanggupan beliau untuk memikul tugas dalam skuad TRW bukanlah untuk ‘membunuh’ sesiapa, sebaliknya berusaha membantu skuad itu menjadi lebih baik dalam menghadapi saingan hebat Liga Malaysia.
“Saya mahu menjelaskan segala-galanya. Saya sanggup ke sini (Kota Bharu) bukan untuk ‘membunuh’ sesiapa, (tetapi) saya cuba berusaha membantu pasukan ini menjadi lebih bagus,” katanya.
Sementara itu, dalam majlis yang sama, Zahasmi turut senada dengan Gonzales sambil menjelaskan tindakannya berada di tempat duduk astaka di Stadium Sultan Ismail Nasiruddin Shah, Kuala Terengganu menjadi sebahagian daripada kaedah menganalisis permainan lawan.
“Tak ada apa-apa berlaku, malah tak sepatutnya menjadi isu kerana saya sebenarnya sukarela berada di atas untuk menilai secara menyeluruh persembahan pasukan. Lagipun, keputusan ini diambil berdasarkan perbincangan bersama,” katanya.
Kelantan akan meneruskan cabaran dalam saingan Liga Super dengan menentang Perak di Stadium Sultan Muhammad Ke-IV, Sabtu ini.