Skip to main content

Bola Sepak

Gol Messi beri ruang kepada Barca -- Suarez

21218andreas-christensen.jpg
Bintang Barcelona, Luis Suarez, menyifatkan gol di tempat lawan ketika berdepan Chelsea memberikan lebih banyak ruang kepada mereka untuk aksi timbal balik pusingan kalah mati Liga Juara-Juara (UCL).

Lionel Messi menafikan gol Willian pada minit ke-62 di Stamford Bridge, awal pagi tadi, dengan meletakkan gergasi LaLiga itu memiliki kelebihan untuk perlawanan tersebut.

Suarez berasakan jaringan Messi -- gol pertamanya dalam sembilan perlawanan berdepan Chelsea -- akan memberikan ruang buat Barca untuk aksi timbal balik di Nou Camp, 14 Mac ini.

"Ia merupakan gol yang sangat penting buat kami menghadapi aksi seterusnya di Nou Camp," kata Suarez.

"Kekuatan kami adalah bermain di tempat sendiri."

Barca bergelut untuk mencipta peluang sebelum kesilapan daripada Andreas Christensen membenarkan Messi untuk menyamakan kedudukan.

Di sebalik cabaran dihadapi pasukannya, Suarez menolak cadangan bahawa dia seperti tersisih sepanjang perlawanan itu.

"Saya tidak keseorangan. Dalam perlawanan sebegini, anda perlu bijak dan mengambil langkah terbaik untuk mencipta jaringan."

Advertisement

Must Watch Video