STOKE CITY 1 TOTTENHAM 2
Harry Kane yakin gol kemenangan Tottenham ketika meraih keputusan 2-1 ke atas Stoke City semalam seharusnya diberikan kepadanya, bukan kepada Christian Eriksen.
Spurs gagal menampilkan aksi terbaik di Stadium bet365 tetapi mereka berjaya mengatasi The Potters dengan dua gol yang dihasilkan oleh Eriksen.
Kane kembali dalam kesebelasan utama buat kali pertama sejak 11 Mac lalu selepas pulih daripada kecederaan buku lali dan dia berasakan gol kedua Spurs pada minit ke-63 itu adalah miliknya.
Eriksen melambungkan bola menerusi sepakan percuma ke dalam kotak penalti dan Kane merupakan pemain paling hampir untuk menanduk sebelum meraikannya seperti dia telah menyentuh bola itu.
Jaringan itu secara rasmi telah diberikan kepada Eriksen tetapi Kane berkata dia telah melakukan sentuhan terakhir.
Dalam satu video yang telah dimuatnaik ke Twitter selepas perlawanan, Kane berkata, "Kemenangan yang penting -- saya gembira dengan jaringan saya. Saya bersumpah gol itu milik saya. Tetapi saya tetap gembira dengan keputusan perlawanan."
Kemenangan itu menyaksikan Spurs di belakang penghuni tangga ketiga, Liverpool, dengan perbezaan jaringan dan memiliki kelebihan satu perlawanan.