REAL MADRID 1 CELTA VIGO 2
Pemain tengah Real Madrid, Casemiro, berkata rakan sepasukannya masih lagi berasa kesan kekalahan kepada Sevilla minggu lalu apabila Celta Vigo meraih kemenangan tipis 2-1 dalam aksi pertama suku akhir Copa del Rey di Santiago Bernabeu.
Rekod tanpa kalah pasukan kendalian Zinedine Zidane itu dalam 40 perlawanan berakhir minggu lalu dan gol Iago Aspas serta Jonny pada awal pagi tadi menambah derita pendahulu LaLiga itu.
Madrid boleh memadamkan kelebihan Celta Vigo di Balaidos minggu depan untuk merebut tiket ke suku akhir dan Casemiro mengakui mereka gagal menampilkan aksi terbaik mereka.
"Kami tidak bermain dengan baik," kata pemain Brazil itu kepada beIN Sports.
"Kami mengharungi separuh masa pertama dengan baik tapi gagal menjaringkan gol. Perjalanan masih panjang, mereka berbahaya dan begitu juga dengan kami.
"Perlawanan menentang Sevilla tempoh hari hari menjejaskan kami sekalipun kami beraksi dengan bagus.
"Hari ini, kami gagal bermain dengan baik."
Penggempur Celta, Aspas, berasakan pasukannya sememangnya berhak untuk meraih kemenangan selepas dia menjaringkan gol ke-15 musim ini.
"Dalam tempoh 90 minit, kami adalah sebuah pasukan yang lebih bagus daripada Real Madrid," kata bekas pemain Liverpool itu.
"Kami memberi mereka tekanan, kami menyekat mereka daripada mengeluarkan bola (dari kawasan bahaya) dan kami menjaringkan dua gol menerusinya."
Madrid mengintai kemenangan dalam perlawanan keempat mereka apabila bakal menanti kunjungan Malaga dalam saingan LaLiga, hujung minggu ini, sementara Celta yang dalam prestasi terbaik dengan lima kemenangan pada 2017, bakal berkunjung ke Real Sociedad.