Skip to main content

Bola Sepak

Giroud-Morata sama penting buat Chelsea -- Conte

alvaro-morata.jpg
Antonio Conte memuji impak Olivier Giroud selepas tiba di Chelsea dari Arsenal, Januari lalu, tetapi menegaskan penyerang Perancis itu belum mengatasi Alvaro Morata selepas kedua-dua pemain menjaringkan gol kemenangan ke atas Southampton dalam aksi separuh akhir Piala FA, semalam.

Giroud mengisi kekosongan yang ditinggalkan Diego Costa dan membarisi kesebelasan utama untuk aksi berdepan The Saints di Wembley.

Bekas penyerang Montpellier itu memberikan gol pendahuluan Chelsea pada minit ke-46 dan pemain gantian, Morata, kemudian memastikan kemenangan The Blues untuk layak ke final.

Conte menyedari kepentingan kemahiran yang dimiliki pemain seperti Giroud dan amat bersesuaian dengan taktikal yang diketengahkannya.

"Dia adalah pembelian yang berbaloi buat Chelsea," kata Conte.

"Saya memerlukan pemain yang memiliki perwatakan, kuat secara fizikal dan mampu mengawal bola supaya pemain nombor 10 mampu mencari ruang ketika menyerang.

"Morata adalah penyerang yang penting. Kurang pengalaman tetapi memiliki kepantasan untuk bertindak.

"Saya gembira dengan aksi kedua-dua pemain kerana ketika saya menurunkan mereka berdua ketika berdepan Burnley -- mereka menampilkan gandingan yang berkualiti."

Advertisement

Must Watch Video