Skip to main content

Bola Sepak

Giroud tidak pasti masa depannya di London

olivier-giroud-130717.jpg
Olivier Giroud masih belum pasti sama ada dia masih bergelar pemain Arsenal pada awal musim depan berikutan kehadiran Alexandre Lacazette dari Lyon.

Giroud hanya diturunkan 11 kali dalam aksi kesebelasan utama Liga Perdana Inggeris (EPL), musim lalu, kerana Arsene Wenger memilih meletakkan Alexis Sanchez untuk mengetuai jentera serangan. 

Penyerang itu masih berbisa dengan mencetak 12 gol, namun perbelanjaan tinggi ke atas rakan senegeranya, Lacazette, meletakkan masa depan pemain berusia 30 tahun itu dalam situasi tidak menentu. 

Ditanya Sky Sports sama ada dia masih di Stadium Emirates pada musim depan, bekas peledak Montpellier itu berkata: "Sejujurnya, saya tidak tahu. 

"Buat masa ini, saya masih pemain Arsenal dan oleh itu saya akan cuba bersikap profesional seperti biasa dan membuat persediaan rapi untuk menghadapi musim depan. 

"Saya mengharungi detik sukar pada musim-musim sebelum ini dan sentiasa berjaya bangkit tetapi kali ini saya tidak tahu. 

"Saya tidak tahu mengenai masa depan sendiri, maka saya tidak dapat mengulas lanjut. Saya fokus terhadap persediaan dalam pra-musim."

Advertisement

Must Watch Video