Arsene Wenger menyifatkan Olivier Giroud sebagai pemain yang berpengaruh untuk Arsenal musim hadapan di sebalik menghadapi musim 2016-17 yang mengecewakan.
Giroud hanya berada di dalam kesebelasan utama pasukan dalam 17 penampilan buat The Gunners tetapi berjaya melakar 16 gol.
Masalah kecederaan merupakan faktor utama penyerang kebangsaan Perancis itu kurang beraksi, lantaran mengalami kecederaan pangkal paha dan kaki yang berlarutan sepanjang musim.
Terdapat laporan yang mencadangkan Giroud akan meninggalkan Arsenal dan West Ham merupakan antara kelab yang berminat mendapatkan khidmat pemain berusia 30 tahun itu.
"Ia adalah satu musim yang mengecewakan buat Giroud kerana dia kurang beraksi," kata Wenger.
"Dia telah banyak membantu pasukan meraih mata dan menjaringkan gol-gol penting untuk pasukan. Dia masih memiliki kualiti yang diperlukan oleh Arsenal."