MESIR 0 URUGUAY 1
Mesir menandakan penampilan pertamanya di pentas Piala Dunia selepas 28 tahun dengan kekalahan 1-0 kepada Uruguay dalam aksi Kumpulan A di Ekaterinburg Arena, Yekaterinburg, sebentar tadi.
Ketika Mesir hampir-hampir berpuas hati untuk menamatkan perlawanan dengan keputusan 0-0 tanpa menurunkan penyerang bintangnya, Mohamed Salah, jaringan tunggal akhirnya hadir pada hujung perlawanan menerusi Jose Maria Gimenez.
Terdahulu, kedua-dua pasukan buntu untuk memburu jaringan dalam separuh masa pertama tetapi serangan Uruguay dilihat lebih tersusun dengan gerakan yang lebih kreatif untuk membuatkan Mesir terpaksa bekerja keras bertahan.
Percubaan demi percubaan dilakukan Uruguay nyata banyak melibatkan dua tonggak utama mereka, Edinson Cavani dan Luis Suarez.
Ia bermula dengan ledakan deras Cavani yang diselamatkan penjaga gol lawan, Mohamed El-Shenawy, pada minit kelapan.
Enam minit kemudian, giliran Suarez melakukan rembatan, namun malangnya ia jauh tersasar.
Selepas itu, percubaan paling berbahaya disajikan dalam separuh masa pertama apabila percubaan deras yang dilakukan Cavani ditanduk pemain pertahanan Mesir, Aly Gaba, pada minit ke-23.
Seminit kemudian, skuad bimbingan Oscar Tabarez itu mendapat peluang keemasan di penjuru gol, bagaimanapun sepakan tidak tepat dilakukan Suarez menghantar bola ke luar jaring.
Baru seminit babak kedua dimulakan, Uruguay nyaris-nyaris menemui gol dengan sentuhan Suarez daripada hantaran Cavani tepat ke arah El-Shenawy.
Pada minit ke-72, Uruguay sudah boleh mendapat jaringan sulung tetapi hantaran ke depan gol daripada Cavani dipersia-siakan Suarez yang lambat melakukan penyudah.
Selepas itu, kelam-kabut berlaku di depan gawang Uruguay, dengan sentuhan terakhir daripada pemain Arsenal, Mohamed Elneny, tersasar jauh.
Tidak lama kemudian, Cavani melakukan penyudah menarik selepas menerima lambungan pendek daripada Suarez yang memaksa El-Shenawy melayangkan badan untuk menepis keluar.
Pada minit ke-86, Uruguay dihadiahkan sepakan percuma selepas Cavani dijatuhkan Ahmed Fathy tetapi sepakan percuma diambil bintang Paris Saint-Germain itu terkena tiang.
Permainan Mesir di bahagian depan dilihat lebih buruk dalam babak kedua, sama ada gerakan mereka mudah dipatahkan pertahanan lawan atau kesilapan hantaran pemain sendiri.
Pun begitu, penampilan pertama Mesir harus dipuji kerana masih mengekalkan kedudukan 0-0 berdepan pasukan pilihan dalam perlawanan itu, malah dianggap terkuat dalam Kumpulan A.
Gol yang dinanti-nantikan akhirnya tiba pada minit ke-89 selepas Jose Maria Gimenez melompat tinggi untuk menanduk masuk bola hantaran daripada sepakan penjuru Suarez.
Mesir nyata terdesak dan berusaha mencari jaringan penyamaan ketika masa tambahan lima minit, bagaimanapun ia tidak menghalang Uruguay untuk meraih kemenangan pertama mereka.