Skip to main content

Bola Sepak

Gilmar tekad ledak lebih jaringan

gilmar-030717.jpg
Penyerang import Perak, Gilmar Da Silva, berazam untuk menjaringkan lebih banyak gol selepas ini setelah mempamerkan aksi mantap membantu pasukannya menang 3-2 ke atas Kedah di Stadium Darulaman, kelmarin.

Dalam penampilan pertamanya bersama pasukan baru, Gilmar berjaya menjaringkan gol kemenangan untuk Perak selesa di depan dengan tiga gol sehingga tamat masa perlawanan.

Bekas penyerang Kelantan dan Sarawak itu nyata tidak mengecewakan jurulatih, Mehmet Durakovic, dengan aksi yang sentiasa memberikan masalah buat pertahanan Kedah. 

Apa yang penting, kemenangan Perak itu menjadi pembakar semangat untuk Gilmar berusaha keras demi menghasilkan lebih banyak jaringan dalam perlawanan akan datang.

"Saya sangat gembira dengan permainan pasukan dan Perak adalah sebuah skuad seperti sebuah keluarga," ujar Gilmar.

Dia juga menyifatkan keserasiannya bersama rakan sepasukan kini semakin positif dan pemain berusia 28 tahun itu percaya keputusan berhijrah ke pasukan Perak adalah tepat dalam mengembalikan sentuhannya.

“Kini semuanya semakin baik, ditambah dengan bantuan pemain-pemain tempatan, saya yakin segala-galanya akan berjalan lancar,” ujar Gilmar.

Advertisement

Topik Berkaitan

Must Watch Video