Pemain tengah Real Madrid, Luka Modric, berkemungkinan besar terlepas aksi timbal balik pusingan kalah mati Liga Juara-Juara (UCL) berdepan Paris Saint-Germain (PSG) pada 6 Mac ini selepas mengalami kecederaan hamstring.
Pemain kebangsaan Croatia itu tidak menjalani latihan semalam dan disahkan tidak akan beraksi berdepan Leganes dalam aksi LaLiga di Butarque.
Ketua jurulatih, Zinedine Zidane, berharap kecederaan Modric ringan tetapi tidak mengetahui bila dia akan kembali beraksi.
"Modric mengalami kecederaan hamstring," jelas Zidane. "Saya sentiasa meletakkan kepercayaan kepada pegawai perubatan pasukan ini, saya berharap dia akan kembali beraksi bersama kami."
Ketiadaan Modric menyaksikan dia sebagai pemain terbaru mengalami kecederaan sejak kemenangan 3-1 ke atas PSG.
Toni Kroos mengalami masalah lutut manakala Marcelo digantikan kerana mengalami kecederaan hamstring ketika pasukan meraih kemenangan 5-3 ke atas Real Betis.
Zidane, bagaimanapun, berharap ketiga-tiga pemain mampu kembali beraksi di Parc des Princes.
"Saya sentiasa positif. Saya tidak suka kami terpaksa bermain tanpa tiga atau empat pemain utama pasukan tetapi berharap kecederaan mereka tidak berpanjangan."