Skip to main content

Bola Sepak

Gerrard gesa The Reds dapat van Dijk

virgil-van-dijk-070617.jpg
Steven Gerrard menggesa Liverpool supaya memburu Virgil van Dijk kerana berasakan tonggak pertahanan Southampton itu mampu membuat perbezaan besar terhadap pasukan Liga Perdana Inggeris (EPL) itu. 

Van Dijk menjadi salah satu tonggak penting Southampton sejak berpindah dari Celtic pada 2015 di mana dia terus mempamerkan peningkatan sehingga menarik minat Liverpool, Chelsea dan Manchester City.

Laporan mengaitkan pemain berusia 25 tahun itu lebih senang berpindah ke Anfield dan Gerrard mengalu-alukan kehadiran pemain Belanda itu dengan tangan terbuka. 

"Saya mahu melihat Van Dijk dalam seragam merah. Saya begitu meminatinya," kata Gerrard kepada The Daily Mail. 

"Saya melihatnya di Celtic dan berpendapat kami patut memburunya ketika itu.

"Tanda harganya lebih mahal ketika ini tetapi dia akan mampu melengkapkan pasukan dan kehadirannya sangat bermakna buat pasukan ini."

Southampton dilaporkan hanya bersedia melepaskan pemain tinggi lampai itu dengan tanda harga GBP60 juta. 
 

Advertisement

Must Watch Video