Skip to main content

Bola Sepak

Gempa bumi: Pemain Negeri Sembilan masih terkandas di Myanmar

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

hein-htet-aung.jpg
Pemain import Negeri Sembilan kelahiran Bago, Myanmar, Hein Htet Aung, kini masih terkandas di negaranya selepas gempa bumi dahsyat melanda negara itu pada Jumaat lalu.

Htet Aung pulang ke Yangon dua minggu lalu bagi memenuhi panggilan skuad kebangsaannya, di mana mereka menewaskan Afghanistan 2-1 minggu lalu.

Proses dokumentasi kepulangannya ke Malaysia menjadi rumit apabila kerajaan Myanmar ketika ini sedang memberikan tumpuan penuh ke atas bencana alam yang sedang menimpa mereka.

Ia menyaksikan pemain sayap itu berkemungkinan besar tidak dapat beraksi menentang Penang bagi aksi Liga Super pada Sabtu ini.

"Saya dan keluarga saya tidak terjejas kerana kawasan gempa bumi itu jauh daripada bandar saya," katanya kepada wartawan Astro Arena, Fina Nasrom.

"Tetapi kawasan yang terlibat keadaannya amat-amat buruk dan kami memerlukan bantuan semua pihak.

"Sebenarnya saya sedang menunggu dokumentasi daripada pihak kerajaan dan sebaik saya menerimanya, saya akan pulang ke Malaysia.

"Tetapi saya tidak tahu bila kerana mereka sedang sibuk menguruskan perkara yang lebih penting, jadi saya hanya menunggu.

"Saya mahu berterima kasih kepada kerajaan Malaysia kerana menghantar bantuan ke Myanmar dan kami amat-amat menghargainya," katanya.


 

Advertisement

Must Watch Video