Bos Chelsea, Antonio Conte, percaya memenangi gelaran Liga Perdana Inggeris (EPL) akan menjadi pencapaian terbesar dalam kerjaya kejurulatihannya.
Conte tiba di Chelsea selepas gagal membawa Itali mara ke suku akhir Euro 2016 -- jawatan yang diambil nya selepas memenangi tiga mahkota Serie A berturut-turut bersama Juventus.
Bagaimanapun, Conte mengambil skuad berbakat yang berada di tangga ke-10 musim lalu dan membawanya ke puncak liga dengan empat mata mengatasi skuad tempat kedua, Tottenham.
"Ya, pasti ia akan menjadi pencapaian terbesar saya," kata Conte, yang turut membawa pasukannya menewaskan Tottenham 4-2 dalam separuh akhir Piala FA di Wembley, Sabtu lalu.
"Untuk memenangi kejuaraan di England adalah satu pencapaian yang besar kepada jurulatih, pemain dan kelab.
"Untuk menang di England hari ini tidak mudah. Untuk memenangi liga ini sukar, jadi kami mesti bangga dengan kerja kami. Kami mesti tahu bahawa sekarang, ia adalah musim yang baik.
Bertemu Southampton di Stamford Bridge esok, diikuti lawatan hujung minggu ke Everton, adalah antara baki perlawanan Chelsea dalam musim di mana mereka lebih menyinar berbanding pesaing yang berbelanja besar.
Pep Guardiola dan Jose Mourinho akan bertemu semula untuk aki setempat Manchester pada Khamis ini, dengan City satu mata di atas lawan di tempat kelima, United, yang berharap dapat melihat Paul Pogba cergas bagi perlawanan itu.
"Saya rasa, musim ini, ia adalah sangat penting untuk memahami ia tidak sentiasa mengenai siapa yang menghabiskan wang paling banyak," kata Conte kepada pemberita.
"Musim ini bukan satu-satunya musim kelab Manchester banyak menghabiskan wang. Ia adalah normal.
"Mereka berhak untuk melakukannya, untuk mengukuhkan pasukan mereka, jika mereka fikir ini adalah cara yang betul untuk memenangi gelaran. Anda lihat masa lalu -- setiap musim, mereka menghabiskan banyak wang.
"Jika anda perlu untuk membelanjakan wang, cuba gunakan wang dengan cara yang betul dengan mengambil pemain mempunyai ciri-ciri yang tepat untuk idea bola sepak anda.
"Tetapi, bagi kami, musim ini adalah sangat penting kerana kami cuba membina sesuatu pada masa ini, untuk meletakkan asas, dan menjadi lebih kuat untuk masa depan. Untuk menjadi kuasa sebenar di masa akan datang."
Pengambilan pemain dikendalikan Conte adalah N'Golo Kante daripada juara bertahan, Leicester City.
Pemain antarabangsa Perancis itu dinobatkan sebagai Pemain Terbaik Tahunan PFA kelmarin dan pengurusnya memuji pemain berusia 26 tahun itu kerana dalam diam-diam menjadi pemain berpengaruh.
"Dia seorang pemimpin yang senyap," katanya. "N'Golo muda, maka dia boleh meningkat dalam aspek ini. Jika anda tiba dalam sebuah pasukan yang hebat seperti Chelsea, ia amat sukar untuk cuba bercakap dan mengetuainya.
"Saya fikir dia seorang pemimpin senyap, dan pemimpin di atas padang melalui teladan. Dia bukan jenis pemain yang suka bersuara. Dia bukan John Terry daripada segi keperibadiannya. Dia berbeza."