AC Milan kini ketinggalan lapan mata daripada slot untuk layak ke Liga Juara-Juara (UCL) tetapi Gennaro Gattuso yakin mereka mampu mengakhiri saingan dalam kelompok empat terbaik Serie A.
Tewas kepada Juventus minggu lalu, diikuti seri tanpa jaringan dengan Inter pada pertengahan minggu, menamatkan rentetan lima kemenangan berturut-turut dan menyukarkan usaha mereka untuk kembali bersaing di pentas Eropah.
Enggan terkesan dengan persembahan semasa, Gattuso kekal positif dan meletakkan sasaran untuk kembali ke rentak kemenangan ketika bertemu Sassuolo, hari ini.
Dengan berbaki lapan perlawanan, Gattuso berjanji skuad kendaliannya akan terus bersaing hingga penghujung musim ini.
"Kami mempunyai sasaran yang sama,," kata Gattuso. "Kami akan cuba untuk melayakkan diri ke UCL.
"Selagi kami mampu mengakhiri saingan dalam kelompok empat terbaik, kami akan cuba yang terbaik dan tidak akan berputus asa.
"Kami memiliki pasukan yang masih muda dan bermain dalam setiap perlawanan dengan motivasi yang tinggi."
Bagi memastikan objektif mereka tercapai, Gattuso mengharapkan tumpuan terbaik daripada pemain-pemainnya bagi mengelak kesilapan pada permulaan musim daripada berulang.
"Pasukan perlu berasakan setiap lawan mampu memberikan ancaman. Mereka perlu menyedari setiap kesilapan mampu menghadirkan jaringan buat pasukan lawan," tambahnya.
Impak yang dipamerkan oleh Gattuso sejak menggantikan Vincenzo Montella pada November lalu telah memberikannya kontrak lanjutan selama tiga tahun, minggu ini.
Walaupun kontrak itu bakal berakhir pada 2021, Gattuso menyedari kegagalan mempamerkan aksi cemerlang bakal menyaksikan beliau dipecat.
"Tiada apa yang berubah sejak saya menandatangani kontrak baru. Saya hanya berasakan keinginan yang lebih tinggi dan tekanan semakin menggunung kerana kelab telah memberikan kepercayaan kepada saya."