Gennaro Gattuso tidak menganggap peluang kembali ke AC Milan sebagai langkah ke belakang dalam karier kejurulatihannya.
Bekas tonggak tengah Milan dan Itali itu dilantik sebagai jurulatih terbaru skuad remaja selepas meninggalkan Pisa, susulan penyingkiran mereka daripada Serie B.
Gattuso, yang sempat melatih kelab Switzerland, Sion, Palermo dan OFI Crete sejak bersara, gagal mengekalkan Pisa dalam kancah divisyen dua Itali, biarpun kelab itu mempunyai rekod pertahanan terbaik dalam saingan itu.
Kini berusia 39 tahun, Gattuso percaya pengalaman yang dikutipnya dalam karier skuad utama akan menjadi panduan berguna tatkala dia akan membantu Vincenzo Montella di San Siro.
"Saya sangat gembira," katanya kepada Mediaset Premium.
"Pada awalnya, saya memikirkannya. Saya berbincang dengan (pengarah kelab) Massimiliano Mirabelli dan (Marco) Fassone.
"Ia bukannya langkah ke belakang, ia adalah keputusan tepat. Saya kembali ke sebuah kelab yang penuh kejayaan yang ingin kembali ke puncak. Saya berharap dapat menerapkan perasaan cintakan kelab bagi membantu mereka untuk terus meningkat.
"Keluarga adalah penting, namun pilihan yang dibuat adalah kerana saya mahu pulang ke kelab yang ingin kembali menjadi sebuah pasukan hebat. Saya sangat suka dengan idea kembali sebagai jurulatih remaja, saya teruja.
"Saya merupakan jurulatih skuad remaja tapi akan bekerja rapat dengan pasukan utama kerana anda perlu seiringan untuk membentuk identiti. Saya akan mendengar nasihat yang diberikan Montella, dia merupakan jurulatih hebat."